Kelas Membuat Sandwich Dan Minuman Menggunakan Youtube

16 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 15 September 2018 Sabtu, Pusat Internet Presint 9 Fasa 3 bersama Pusat Internet Presint 18 telah mengadakan Kelas membuat sandwich dan minuman menggunakan Youtube bersama ahli Pusat Internet. Kelas ini merupakan kolaborasi bersama Pusat Internet Presint 18. Permulaan kelas mereka didedahkan dengan pentingnya memeriksa peranti menggunakan aplikasi Check Your Label.

Setelah memeriksa peranti masing-masing, peserta menoton video cara-cara membuat sandwich di Youtube. Kemudian peserta dibahagi kepada 3 kumpulan. Setiap kumpulan diberi tugasan untuk membuat sandwich dan minuman. Setelah selesai, peserta mencuba makanan dan minuman yang telah siap dibuat. Seramai 12 orang peserta telah mengikuti kelas ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas