Program Malaysia ICT Volunteer (MIV) Wilayah Tengah 2018

22 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Oktober 2018 Ahad, Pusat Internet Presint 9 Fasa 3 telah terlibat dengan program Malaysia ICT Volunteer yang berlangsung selama 3 hari dari 19 oktober hingga 21 october 2018 yang bertempat di D'wharf Hotel & Serviced Residence, Port Dickson. SUKARELAWAN ICT Malaysia (MIV) merupakan program kesukarelawan yang dicetuskan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran komuniti dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Program ini bukan sekadar membantu komuniti menjadi celik ICT dan membudayakan penggunaan internet secara bertanggungjawab, malah lebih daripada itu, SKMM melalui inisiatif tersebut berhasrat melihat masyarakat meningkatkan sosioekonomi mereka melalui penggunaan ICT. Antara latihan yang diberikan adalah pengenalan kepada SKMM dari segi perundangan, dan matlamat program ‘Klik Dengan Bijak’serta kemahiran menggunakan system pembayaran elektronik (e-Payment), pemasaran memlalui internet dan kurier.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas