Kelas Asas Komputer Bersama Tabika Kaktus 2 Dan 3

4 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 3 Mei 2019, Pusat Internet Presint 9 Fasa 3 telah mengadakan Kelas Asas Komputer Bersama Tabika Kaktus 2 dan 3. Seramai 14 orang pelajar lelaki dan 16 orang pelajar perempuan telah menghadiri kelas berkenaan. Kelas ini telah diadakan sebanyak 2 sesi bermula pada pukul 9.30 pagi sehingga 11.30 pagi. Seramai 2 orang guru pengiring telah membantu dalam kelas ini.

Antara aktiviti yang telah dijalankan pada hari ini adalah pengenalan asas computer dan ulangkaji asas computer. Selain itu, adik-adik juga didedahkan dengan menaip ABC menggunakan papan kekunci dalam aktiviti ‘Keyboard Zoo’ sambal mengenal haiwan. Kelas ini diakhiri dengan sesi nyanyIAN Iqra oleh Upin Ipin dan Misi Puasa oleh Omar dan Hana sebagai panduan dalam memasuki bulan Ramadhan yang mulia ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas