Kelas Fotografi Bersama Pelajar Giatmara Putrajaya

16 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Mac 2019 Jumaat, Pusat Internet Putrajaya telah mengadakan Kelas Fotografi Bersama Pelajar Giatmara Putrajaya. Kelas ini telah diadakan di Pusat Internet Presint 18. Seramai 19 orang pelajar telah menghadiri kelas berkenaan. Kelas dijalankan selama 2 jam setengah bermula pada pukul 3.30 petang hingga 5.30 petang.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah Taklimat tips mengambil foto produk menggunakan Hands On Flatlay dan Hands On Mini Studio . Kelas mengedit gambar pelajar didedahkan dengan aplikasi Snapseed, PiscArt dan juga Canva. Untuk sesi advokasi video Mobile e-waste ditanyangkan dan game kahoot dijalankan. 2 orang guru pengiring dan Pengurus Giatmara Putrajaya turut menyertai kelas ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas