Kelas Asas Komputer Bersama Tabika KEMAS Kaktus 2 dan 3

16 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 15 November 2019, Pusat Internet Presint 9 Fasa 3 telah mengadakan Kelas Asas Komputer Bersama Tabika KEMAS Kaktus 2 dan 3. Seramai 13 orang pelajar lelaki dan 11 orang pelajar perempuan telah menghadiri kelas berkenaan. Kelas ini telah diadakan sebanyak 2 sesi bermula pada pukul 9.30 pagi sehingga 11.30 pagi.

Antara aktiviti yang telah dijalankan pada hari ini adalah ulangkaji perkakasan komputer, dan tayangan video Didi and Friend. Selain itu, adik-adik tabika juga berpeluang belajar sambil bermain permainan dengan menyusun nombor sehingga 120 di laman web abcya.com. kelas diakhiri dengan sesi tayangan video lagu Mengantuknya Mumia & Siapakah Juara? oleh Didi and Friends.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas