Kelas Asas Komputer Bersama Tabika KEMAS Kaktus 1

23 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 22 November 2019, Pusat Internet Presint 9 Fasa 3 telah mengadakan Kelas Asas Komputer Bersama Tabika KEMAS Kaktus 1. Seramai 12 orang pelajar lelaki dan 7 orang pelajar perempuan telah menghadiri kelas berkenaan. Kelas bermula pada pukul 9.30 pagi sehingga 10.30 pagi. Antara aktiviti yang telah dijalankan pada hari ini adalah ulangkaji perkakasan komputer.

Selain itu, adik-adik tabika juga berpeluang belajar sambil bermain (Number Chart) menyusun nombor 1-120 di laman web www.abcya.com. kelas diakhiri dengan sesi tayangan video Didi and Friends- Mengantuknya Mumia & Siapakah Juara?.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas