Kelas Asas Komputer Bersama Tabika Kaktus 2 dan 3

7 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 6 September 2019, Pusat Internet Presint 9 Fasa 3 telah mengadakan Kelas Asas Komputer Bersama Tabika Kaktus 2 dan 3. Seramai 13 orang pelajar lelaki dan 18 orang pelajar perempuan telah menghadiri kelas berkenaan. Kelas ini telah diadakan sebanyak 2 sesi bermula pada pukul 9.30 pagi sehingga 11.30 pagi.

Antara aktiviti yang telah dijalankan pada hari ini adalah pengenalan asas komputer, ulangkaji asas komputer, mengira 1,2,3 dalam Bahasa Inggeris, counting fish menggunakan abcya.com dan tayangan video ABC Didi and Friends. Kelas ini merupakan kolaborasi Pusat Internet Putrajaya bersama Tabika Kemas cawangan Kaktus Presint 9 Fasa 4, Putrajaya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas