Mesra Komuniti Pusat Internet Presint 9 Fasa 3

20 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

19 Julai 2019, Jumaat – Seramai 113 orang komuniti Presint 9 Fasa 3 telah menghadiri ke Program Mesra Komuniti Pusat Internet Presint 9 Fasa 3. Program ini dijalankan bermula pukul 9 pagi sehingga 5 petang, Program terbahagi kepada sesi pagi dan petang, sesi pagi dihadiri oleh pelajar-pelajar Tabika KEMAS Cawangan Bunga Kaktus Presint 9 Fasa 4, kolabrasi bersama KEMAS dengan menjayakan pertandingan ‘Magic Book’ mewarna menggunakan tetikus.

Sesi petang diteruskan dengan kehadiran komuniti Presint 9 Fasa 1, 2, 3 & 4 serta kolabrasi bersama pelajar-pelajar GIATMARA Putrajaya. Aktiviti petang dimulakan dengan taklimat Klik Dengan Bijak dan asas keusahawanan oleh Pengurus Pusat Internet Presint 9 Fasa 3 dan diteruskan dengan kuiz kahoot asas keusahawan dan Klik dengan bijak, KDB Roda Impian, Kuiz PowerPoint Klik Dengan Bijak, pertandingan Beyblade dan tayangan video advokasi. Pusat Internet Putrajaya juga turut terlibat dalam menjayakan program ini. Program ini turut mendapat sokongan dari Tabika KEMAS Cawangan Bunga Kaktus Presint 9 Fasa 4 dan GIATMARA Putrajaya. Tetamu VIP yang telah merasmikan program ini adalah Puan Rahimah Binti Mohd Abd Mubin, Pengurus GIATMARA Putrajaya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas