Program Hari Terbuka Pusat Internet Presint 18

23 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

22 Jun 2019, Jumaat – Seramai 50 orang komuniti Presint 18 telah menghadirkan diri ke Program Hari Terbuka Pusat Internet Presint 18. Program ini dijalankan bermula pukul 8 pagi sehingga 1 tengah hari. Antara program yang telah disediakan adalah seperti pemeriksaan kesihatan oleh Klinik Kesihatan Presint 18, pertandingan Beyblade, kuiz Kahoot, Roda Impian, Kuiz PowerPoint Klik Dengan Bijak, dan tayangan video advokasi. Pusat Internet Putrajaya juga turut terlibat dalam menjayakan program ini. Program ini turut mendapat sokongan dari KRT Presint 18. Tetamu VIP yang telah merasmikan program ini adalah Encik Nasyruddin, Pengerusi KRT Presint 18 R13.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas