Pendaftaran E-Kelas Sesi 1/2020

12 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

11 Januari 2020, Sabtu – Pusat Internet Presint 9 Fasa 3 telah menjalankan sesi pertama untuk pendaftaran e-kelas bagi tahun 2020. E-kelas merupakan sebuah portal pendidikan yang percuma kepada semua ahli Pusat Internet. Terdapat 5 subjek teras yang diketengahkan didalam portal ini iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik dan Sejarah.

Pelajar yang berumur 12 tahun hingga 17 tahun layak untuk didaftarkan sebagai pelajar e-kelas. Pelajar yang telah berjaya didaftarkan diberi tunjuk ajar mengenai cara-cara menggunakan portal pendidikan e-kelas oleh staff pengurusan Pusat Internet. Seorang pelajar lelaki tingkatan 1 telah mengikuti kelas ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas