Pendaftaran E-Kelas Sesi 2/2020

13 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

12 Januari 2020, Sabtu – Pusat Internet Presint 9 Fasa 3 telah menjalankan sesi kedua untuk pendaftaran e-kelas bagi tahun 2020. E-kelas merupakan sebuah portal pendidikan yang percuma kepada semua ahli Pusat Internet. Terdapat 5 subjek teras yang diketengahkan didalam portal ini iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik dan Sejarah. Pelajar yang berumur 12 tahun hingga 17 tahun layak untuk didaftarkan sebagai pelajar e-kelas. Pelajar yang telah berjaya didaftarkan diberi tunjuk ajar mengenai cara-cara menggunakan portal pendidikan e-kelas oleh staff pengurusan Pusat Internet. Seramai 2 orang pelajar lelaki tingkatan 1 telah mengikuti kelas ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas