Mengemaskini Akaun Facebook, Maklumat Terkini COVID-19

7 April 2020 | Aktiviti Terkini

31 Mac hingga 6 April 2020 – Staff pengurusan Pusat Internet Presint 9 Fasa 3 telah mengemaskini akaun Facebook dengan pelbagai jenis info serta maklumat terkini mengenai Pandemik Covid-19 yang telah melanda Malaysia semenjak 25 Januari 2020. Info serta maklumat diambil daripada sumber yang sahih seperti Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia, Facebook Majlis Keselamatan Negara, Facebook Pejabat Kesihatan WP Putrajaya, Facebook Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Facebook Perbadanan Putrajaya, Facebook Public Health Malaysia dan beberapa berita secara online melalui Facebook Harian Metro dan Berita Harian.

Tujuan ia dikemaskini adalah untuk memberitahu pengikut Facebook yang merupakan komuniti Putrajaya mengenai maklumat sahih dan berita terkini mengenai Pandemik Covid-19 yang telah melanda negara. Hal ini amat penting kerana kita tidak mahu komunti menyebarkan maklumat yang tidak sahih sekaligus memberi ancaman kepada keselamatan negara sehingga menimbulkan kucar-kacir dek berita tidak benar. Sehingga tarikh diatas, sebanyak 134 posting mengenai pelbagai info Pandemik Covid-19 telah dibuat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas