ORAE April Di PIK Presint 9 Fasa 3

9 April 2021 | Aktiviti Terkini

08 April 2021, Khamis – 5 orang peserta lelaki telah mengikuti Peperiksaan Radio Amatur Berkomputer (ORAE) di Pusat Internet Komuniti Presint 9 Fasa 3. Peperiksaan ini yang berlangsung selama tiga jam dan bermula pada pukul 10:00 Pagi sehingga 1:00 petang. Peperiksaan ini telah dikawalselia oleh seorang pegawai daripada MCMC dengan SOP baharu.

Peperiksaan Radio Amatur Berkomputer (ORAE) ini adalah suatu perkhidmatan radio komunikasi yang digunakan bagi tujuan latihan diri, perhubungan dan penyiasatan teknikal yang dijalankan oleh individu yang memegang lesen radio amatur.

SKMM merupakan salah sebuah badan yang telah dipertanggungjawabkan oleh kerajaan mengendalikan Stesen Radio Amatur dan mempunyai autoriti mengeluarkan lesen bagi mereka yang telah lulus menduduki ujian Peperiksaan Radio Amatur.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas