Kursus Asas Videografi Menggunakan Telefon Pintar

12 September 2021 | Aktiviti Terkini

11 September 2021, Jumaat - Pengurusan Pusat Internet Komuniti (PIK) iaitu Sprintz Designs Sdn. Bhd telah mengadakan Kursus secara atas talian bertajuk Kursus Asas Videografi untuk staf Pusat Internet Komuniti (PIK) daripada Putrajaya dan Linggi secara atas talian. Kursus Asas Videografi menggunakan telefon pintar telah dihadiri oleh 9 staf pengurus dan penolong pengurus dari Pusat Internet Komuniti (PIK) Presint 9 Fasa 3, Presint 9 Fasa 10, Presint 16, Presint 18 dan Linggi.

Latihan ini telah diadakan sebanyak dua sesi bermula pada pukul 8:30 pagi sehingga 5:00 petang. Pengisian latihan adalah pengenalan kepada jenis-jenis videografi, asas-asas videografi dan juga asas-asas merakam video dan juga cara menyunting video menggunakan aplikasi VN . Sesi terakhir staf-staf PIK diberi tugasan untuk merakam video bertemakan pemasaran produk dan menyunting video tersebut dan membentangkan penghasilan suntingan mereka. Kursus Asas Videografi menggunakan telefon pintar ini telah disampaikan oleh Tuan Fadzillah Suhaila dari Yes Academy.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas