Program Tuisyen Percuma, dan Latihan Matematik menggunakan abcyacom

14 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

13 March 2021, Sabtu – Staff pengurusan Pusat Internet Komunti Presint 9 Fasa 3 telah memperkenalkan Program Tuisyen Matematik secara percuma kepada komuniti setempat. Program ini telah mendapat sambutan komuniti setempat yang bermula dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari. Seorang pelajar tahun 2 telah menyertai program ini. Staff pengurusan PIK Presint 9 Fasa 3 telah memberi tunjuk ajar kepada pelajar tahun 2 mengenai asas Matematik Tahun 2. Selain itu, pelajar juga diberi peluang untuk menjawab soalan Matematik secara atas talian menggunakan website abcya.com. Setelah selesai kelas Matematik, pelajar didedahkan dengan pengenalan kepada PC Hardware serta fungsinya. Tambahan lagi, pelajar juga berpeluang untuk menguji minda dengan permainan Matematik atas talian menggunakan website abcya.com. Diharapkan program tuisyen percuma ini dapat membantu ibu bapa golongan B40 dalam meringankan beban bagi menghantar anak mereka untuk kelas tambahan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas