Program Kelas Bakeri Komuniti Bersama Giatmara Putrajaya

13 November 2021 | Aktiviti Terkini

12 November 2021, Jumaat – Pusat Internet Putrajaya telah menganjurkan program bersama Giatmara Putrajaya iaitu Program Kelas Bakeri Komuniti Bersama Giatmara Putrajaya. Program ini bertujuan untuk menjana pendapatan komuniti yang terlibat. Program ini dijalankan secara atas talian dan dipaparkan diseluruh Pusat Internet Putrajaya.

Intipati program ini adalah pembelajaran step by step mengenai cara-cara membuat Kek Coklat Puding Caramel Kukus oleh guru Giatmara Putrajaya iaitu Puan Syafiqah. Disamping itu, Pengurus Giatmara Putrajaya iaitu Puan Rahimah juga berkesempatan berkongsi mengenai kelas-kelas yang diadakan di Giatmara Putrajaya. Puan Syafiqah turut berkongsi tips serta resepi bagi memudahkan pembelajaran secara atas talian dijalankan.

Program ini merupakan kolaborasi antara Pusat Internet Putrajaya dan Giatmara Putrajaya. Penglibatan komuniti seramai 14 orang peserta. Program ini bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari.

Diharapkan program ini mampu membantu sedikit sebanyak komuniti untuk menjana pendapatan sampingan atau menjadikannya pendapatan utama mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas