Program Bicara Klik Dengan Bijak (Berita Tidak Benar)

15 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

14 Oktober 2021, Khamis – Staff pengurusan Pusat Internet Komuniti Presint 9 Fasa 3 telah menyertai sesi live bersama pihak MCMC iaitu dalam Program Bicara Klik Dengan Bijak (Berita Tidak Benar).

Program ini merupakan anjuran MCMC iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia . Speaker utama bagi program ini adalah Encik Katirawaan Rajadran bersama moderator iaitu Encik Md Tahir Musa. Beliau telah menekankan beberapa topik penting semasa talk berkenaan iaitu seperti apa itu Fake News, Penilaian Fake News , salah guna media sosial, tindakan yang boleh diambil oleh pihak PDRM dan MCMC, peranan penyedia platform serta kepentingan kawalan kendiri semasa melayari internet dan menggunakan media sosial.

Live program ini telah berlangsung selama 1 jam setengah bermula pada pukul 10.00 pagi hingga ke 11.30 pagi dan disertai oleh semua staff pengurusan PIK Kuala Lumpur dan Putrajaya. Live diakhiri dengan sedikit kuiz kepada staff pengurusan PIK dan sesi bergambar secara maya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas