Program Tuisyen Percuma, dan Latihan Matematik menggunakan abcya.com

19 April 2021 | Aktiviti Terkini

17 & 18 April 2021, Sabtu dan Ahad – Staff pengurusan Pusat Internet Komunti Presint 9 Fasa 3 telah memperkenalkan Program Tuisyen Matematik secara percuma kepada komuniti setempat. Program ini telah mendapat sambutan komuniti setempat yang bermula dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari. Seorang pelajar tahun 2 perempuan dan 2 orang pelajar lelaki telah menyertai program ini. Staff pengurusan PIK Presint 9 Fasa 3 telah memberi tunjuk ajar kepada pelajar tahun 2 dan 4 mengenai asas Matematik Tahun 2 dan 4. Selain itu, pelajar juga diberi peluang untuk menjawab soalan Matematik secara atas talian menggunakan website abcya.com . Setelah selesai kelas Matematik, pelajar didedahkan dengan pengenalan kepada PC Hardware serta fungsinya. Tambahan lagi, pelajar juga berpeluang untuk menguji minda dengan permainan Matematik atas talian menggunakan website abcya.com . Diharapkan program tuisyen percuma ini dapat membantu ibu bapa golongan B40 dalam meringankan beban bagi menghantar anak mereka untuk kelas tambahan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas