Latihan Keusahawan Perniagaan Atas Talian

20 November 2021 | Aktiviti Terkini

19 November 2021, Jumaat – Pusat Internet Komuniti Putrajaya meneruskan modul kelima latihan keusahawan untuk pelajar Giat Mara Putrajaya dan telah dilaksanakan secara atas talian menggunakan platform Google Meet. Program ini berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari melibatkan 13 orang peserta.

Pada modul kali ini, petugas PIK Presint 9 Fasa 10 mengendalikan sesi pembelajaran dan berkongsi maklumat mengenai perniagaan atas talian dan ianya merangkumi 5 subtopik yang menjadi keutamaan sepanjang sesi ini berlangsung:
1. Pengenalan Kepada Perniagaan Atas Talian
2. Tips Untuk Memulakan Perniagaan
3. Whataspps Business
4. Facebook Page
5. Shopee

Seterusnya, diadakan sesi soal jawab dimana peserta dapat bertanya secara langsung atau diruangan chat. Petugas PIK Presint 18 iaitu Puan Haryati dan rakan PUPUK dari PIK Presint 18 iaitu En. Abu Khalaf turut berkongsi ilmu perniagaan dan pengalaman memulakan perniagaan di applikasi Shopee. Program diakhiri dengan sesi bergambar melibatkan semua peserta dan petugas PIK Putrajaya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas