Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah & Advokasi Penggunaan Media Sosial

25 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

24 Mei 2021, Isnin – Seramai 2 orang pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 9 (1) telah dating ke Pusat Internet Komuniti Presint 9 Fasa 3 untuk Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Mereka menggunakan kemudahan di Pusat Internet Komuniti selama 2 jam untuk tujuan berkenaan. Antara kemudahan yang telah mereka gunakan bagi tujuan tersebut adalah seperti computer, internet dan WiFi. Tiada bayaran dikenakan kepada mereka kerana ia adalah percuma untuk pelajar sekolah. Ini merupakan salah satu sumbangan Pusat Internet Komuniti kepada komuniti setempat bagi meringankan dan membantu mereka yang kurang berkemampuan untuk melaksanakan program Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Pelajar ini juga datang daripada keluarga B40 dan mempunyai adik beradik yang ramai. Oleh itu, mereka telah memanfaatkan kemudahan disini bagi tujuan pembelajaran

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas