Program Bicara Klik Dengan Bijak (Risiko Dan Impak Terlebih Kongsi)

3 November 2021 | Aktiviti Terkini

2 November 2021, Selasa – Staff pengurusan Pusat Internet Komuniti Presint 9 Fasa 3 telah menyertai sesi live bersama pihak MCMC iaitu dalam Program Bicara Klik Dengan Bijak (Risiko Dan Impak Terlebih Kongsi).

Program ini merupakan anjuran MCMC iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia . Speaker utama bagi program ini adalah Encik Hazlami Othman bersama moderator iaitu Ts. Md Tahir Musa. Beliau telah menekankan beberapa topik penting semasa talk berkenaan iaitu seperti apa itu risiko dalam talian semasa melayari internet, terlebih kongsi atau oversharing yang sering dilakukan oleh pengguna media sosial, tip kawal selia kendiri semasa melayari internet dan sebagainya.

Live program ini telah berlangsung selama 1 jam setengah bermula pada pukul 10.00 pagi hingga ke 11.30 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas