Program CSR Sumbangan Ramadhan Bersama Giatmara Putrajaya

3 April 2021 | Aktiviti Terkini

02 April 2021, Jumaat – Pusat Internet Putrajaya telah berkolobrasi bersama Giatmara Putrajaya dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Presint 16 bagi menjayakan program sumbangan Ramadhan kepada asnaf dan pihak AIM Presint 16, Putrajaya.

Majlis bermula pada pukul 3 petang dengan ketibaan wakil AIM, Pn Suhan dan wakil Giatmara Putrajaya, Pn Rahimah, Pengurus Giatmara Putrajaya, serta 15 penerima sumbangan. Sumbangan yang diberi dari pihak Pusat Internet Komuniti Putrajaya dan Giatmara Putrajaya.

Majlis juga ditambah dengan kesedaran keselamatan internet dan penerangan berkenaan Program Vasinasi Kebangsaan, yang disampaikan oleh Roslaini, Penolong Pengurus PIK Presint 16.Tayangan video Klik dengan Bijak (KDB) dan edaran risalah KDB juga disertakan.

Majlis seterusnya diserahkan kepada Pn Rahimah dalam memberi penerangan berkenaan kursus jangka pendek yang disediakan pihak Giatmara dalam membantu meningkatkan ekonomi penduduk setempat amnya dan khususnya kepada penduduk Putrajaya yang berminat untuk mengikuti program ini di Giatmara Putrajaya. Dibantu oleh staf-staf PIK Putrajaya dalam membuka laman sesawang Giatmara untuk memuat turun borang pendaftaran Giatmara.

Bagi mengikuti saranan kerajaan dalam Prosedur Tetap Operasi (SOP), hanya 15 penerima sumbangan untuk program kali ini. Pihak PIK juga berharap program seperti ini dapat diteruskan bersama pihak Giatmara Putrajaya dan pihak AIM. Seterusnya penyampaian sumbangan oleh Pn. Rahimah dan pihak PIK Putrajaya yang diwakilkan oleh Roslaini, Penolong Pengurus Presint 16. Majlis berakhir pada pukul 5:30 petang dengan kehadiran dari 20 orang termasuk wakil PIK Putrajaya yang lain.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas