Program Bicara Klik Dengan Bijak (Membanteras Maklumat Palsu)

10 November 2021 | Aktiviti Terkini

9 November 2021, Selasa – Staff pengurusan Pusat Internet Komuniti Presint 9 Fasa 3 telah menyertai sesi live bersama pihak MCMC iaitu dalam Program Bicara Klik Dengan Bijak (Membanteras Maklumat Palsu). Program ini merupakan anjuran MCMC iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia . Speaker utama bagi program ini adalah Puan Hanisah Hashim yang merupakan Penolong Pengarah MCMC Pejabat Negeri Pulau Pinang bersama moderator iaitu Ts. Md Tahir Musa. Beliau telah menekankan beberapa topik penting semasa talk berkenaan apa itu maklumat palsu, bagaimana cara untuk mengklasifikasikan maklumat palsu, bagaimana cara untuk menilai kesahihan maklumat dan sebagainya. Live program ini telah berlangsung selama 1 jam setengah bermula pada pukul 10.00 pagi hingga ke 11.30 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas