Pelancaran Misi Jelajah Digital Dan Penerangan Tugasan

5 September 2021 | Aktiviti Terkini

4 September 2021, Sabtu – Seorang pelajar sekolah rendah telah mengikuti secara live program Pelancaran Misi Jelajah Digital Dan Penerangan tugasan menggunakan Youtube. Program Misi Jelajah Digital merupakan program untuk pelajar menyerlahkan kreativiti dalam menyelesaikan cabaran dan mencipta dunia mereka sendiri dalam permainan Roblox. Bayangkan perjalanan menaiki kapal angkasa untuk memulakan koloni baru manusia di planet Marikh, dan ciptakan rekabentuk kapal dan pelan untuk membina dunia baru di sana!

Bermain sambil belajar dengan seronok, kerana anda sedang dilatih untuk berfikir secara kreatif, menyelesaikan masalah, dan mengasah kemahiran menggunakan aplikasi dan teknologi. Sambil itu, anda boleh mengumpul markah PAJSK di sekolah dan memenangi hadiah menarik! Tunggu apa lagi? Selesaikan Misi Jelajah Digital ini sekarang! Pertandingan ini berlangsung sehingga Ahad, 31 Oktober 2021. Tetamu utama bagi program ini adalah Pakar Astrofizik Negara iaitu Dato’ Seri Dr. Mazlan. Beliau telah menceritakan mengenai pengalaman angkasawan negara juga mengenai penerokaan angkasa lepas dan sains di Marikh. Tidak ketinggalan juga Dato’ Seri turut memberi kata-kata semangat kepada para pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh supaya satu hari nanti mereka boleh menjadi salah seorang angkasawan negara seperti Dato’ Dr.Sheikh Muszaphar Sukor. Live Misi Jelajah Digital ini berlangsung selama 2 jam iaitu bermula dari pukul 10 pagi sehingga pukul 12 tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas