Program Keusahawanan Atas Talian Pupuk Bersama Shopee & MCMC

4 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

3 Ogos 2021, Isnin – Seramai 2 orang usahawan terpilih di dalam komuniti Presint 9 Fasa 3 telah menyertai Kelas Keusahawanan Atas Talian PUPUK Bersama Shopee & MCMC. Program ini merupakan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan pihak Shopee yang merupakan No.1 platform jual beli atas talian di Malaysia. Program ini adalah secara atas talian melalui pihak Shopee sebagai tenaga pengajar dengan kerjasama MCMC. Usahawan yang menjadi peserta di dalam kempen ini bakal mendapar pelbagai faedah yang ditaja oleh MCMC antaranya seperti Baucher diskaun, Baucher kedai dan Baucher penghantaran percuma. Program ini diadakan pada sebelah pagi bermula pada jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Program ini khusus untuk mereka yang masih tiada kedai di Shopee. Tenaga pengajar akan ajar dari mula hingga akhir tentang cara-cara bagaimana ingin menjual di dalam Shopee, cara membuat kedai di Shopee, pemasaran di Shopee, cara buat baucher di Shopee, sistem Shopee, pembungkusan dan penghantaran serta pelbagai lagi. Program kedua sambungan dari program ini akan disambung sehingga diberitahu kelak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas