Program Taklimat Rakan Affilliate bersama MYNIC

5 November 2022 | Aktiviti Terkini

10 November 2022, Jumaat – Staf PEDi Presint 9 Fasa 3 telah menyertai Program Taklimat oleh MYNIC mengenai menjana pendapatan melalui program menjadi Rakan Affiliate bersama usahawan-usahawan PEDi. Program ini telah diadakan secara maya di platfom zoom bersama-sama petugas dan rakan digital PEDi. Penceramah untuk program ini ialah Encik Fariz Ahmad yang banyak berkongsi maklumat yang berguna kepada peserta-peserta. Program ini diadakan selama 1 jam bermula 10.30 pagi hingga 11.30 pagi. Ia disertai oleh pelbagai PEDi di Malaysia. Program ini diakhiri dengan sesi soal jawab bagi program yang akan dilaksanakan tersebut.

MYNIC Berhad merupakan pentadbir tunggal untuk alamat web yang berakhir dengan .MY di Malaysia. Sebagai nama domain peringkat nasional, MYNIC berperanan mengurus, mempromosi dan mengembangkan penggunaan nama domain .MY di dalam dan di luar negara. ianya adalah kelebihan yang diperlukan oleh usahawan-usahawan yang berminat untuk mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat global. Program ini adalah untuk menyediakan sebuah platform latihan untuk mereka yang mahu dibimbing secara berterusan bagi menaik taraf sosio-ekonomi ke tahap yang lebih baik

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas