School Break Program di PEDI Presint 9 Fasa 3

17 Disember 2022 | Aktiviti Terkini

16 Disember 2022, Jumaat – Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Presint 9 Fasa 3 telah menganjurkan School Break Program bersempena cuti persekolahan penggal kedua. Program ni telah dijalankan di PEDi Presint 9 fasa 3 dengan kerjasama dan bantuan staff dari PEDi Putrajaya. Seramai 39 orang telah menyertai program ini yang terdiri daripada 29 pelajar sekolah rendah dan menengah berserta 5 orang ibu bapa telah terlibat dalam program ini. Turut menjayakan program ini terdiri daripada 5 orang staff PEDi Putrajaya.

Program ini dimulakan dengan sesi pendaftaran ibu bapa dan para peserta. Antara program yang telah dijalankan adalah Program kesedaran mengenai keselamatan semasa melayari Internet iaitu Program Klik Dengan Bijak. Peserta juga diberi pendedahan mengenai asas komputer serta fungsinya sebelum aktiviti program dimulakan. Selepas itu, peserta dibahagikan kepada 2 mengikut peringkat umur. Untuk kanak-kanak dibawah umur 8 tahun, kami mulakan dengan Pertandingan Mewarna Digital. Kanak-kanak diberikan komputer seorang satu untuk mewarna lukisan secara digital. Manakala untuk peserta lain mereka diberi pilihan untuk menyertai permainan yang disediakan. Antara permainan yang disediakan adalah Quick Draw dimana peserta perlu menguasai basic Bahasa Inggeris dan melukis mengikut arahan. Permainan kedua ialah Word Search dimana peserta perlu mencari perkataan tersembunyi. Kedua-dua permainan ini dijalakan secara atas talian. Program disambung pula dengan aktiviti Mencipta Poster Digital bertemakan Malaysia menggunakan tablet yang disediakan di PEDi Presint 9 Fasa 3.

Program diakhiri dengan sesi bergambar dan sesi penyampaian hadiah untuk Pertandingan Mewarna Digital dan Pertandingan Mencipta Poster Digital. Semua peserta pulang dengan goodies sebagai kenang-kenangan kerana menyertai program ini. Diharapkan program seperti ini dapat menarik minat pelajar sekolah dalam ICT sambil menimba ilmu pengetahuan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas