Kelas Asas Komputer Bersama Tabika Kemas Kaktus 1 dan 4

16 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

15 Julai 2022, Jumaat – Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Presint 9 Fasa 3 telah mengadakan Kelas Asas Komputer Bersama Tabika Kemas Kaktus 1 dan 4. Seramai 15 orang pelajar yang terdiri daripada 7 orang pelajar lelaki dan 10 orang pelajar perempuan telah menghadiri kelas berkenaan. Kelas ini telah diadakan sebanyak 1 sesi bermula pada pukul 9:30 pagi sehingga 10.30 pagi. Antara aktiviti yang telah dijalankan pada hari ini adalah pengenalan asas perkakasan komputer seperti Monitor, Tetikus, Papan Kekunci dan sebagainya. Selain itu, adik-adik tabika juga berpeluang belajar mengenali 123 sambil bermain dalam aktiviti (Counting fish dan Connect the dot) di laman web www.abcya.com. Kelas diakhiri dengan sesi tayangan video Didi and Friends - 123 dan 123 bersama Upin Ipin

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas