Kelas Asas Komputer Bersama Tabika KEMAS Kaktus 2

18 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

17 Jun 2022, Jumaat – Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Presint 9 Fasa 3 telah mengadakan Kelas Asas Komputer Bersama Tabika KEMAS Kaktus 2. Seramai 14 orang pelajar yang terdiri daripada 5 orang pelajar lelaki dan 9 orang pelajar perempuan telah menghadiri kelas berkenaan. Kelas ini telah diadakan sebanyak 1 sesi bermula pada pukul 9.30 pagi sehingga 11.30 pagi. Antara aktiviti yang telah dijalankan pada hari ini adalah pengenalan asas perkakasan komputer seperti Monitor, Tetikus, Papan Kekunci dan sebagainya. Selain itu, adik-adik tabika juga berpeluang belajar mengenali ABC sambil bermain dalam aktiviti (Alphabet Order- ABC) menyusun ABC mengikut urutan di laman web www.abcya.com. Kelas diakhiri dengan sesi tayangan video Didi and Friends- Okestra ABC dan ABC bersama Upin Ipin

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas