Majlis Penyampaian Peranti Tablet oleh MCMC Pejabat Wilayah Persekutuan (WPSO)

17 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

16 Ogos 2022, Selasa – PEDi Presint 9 Fasa 3 telah mengadakan Majlis Penyampaian Peranti Tablet. Penggunaan Peranti Tablet di PEDi ini adalah merupakan salah satu inisiatif daripada MCMC bagi memberi kemudahan kepada pengguna yang menjadi ahli PEDi untuk mengakses perkhidmatan jalur lebar menggunakan peranti tablet yang disediakan di PEDi. Selain itu, penggunaan peranti tablet ini juga diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua pengguna di PEDi. Penggunaan peranti tablet ini dilihat dapat membantu pelajar dalam urusan pembelajaran, membantu usahawan dalam urusan perniagaan dan sebagainya. Ia dilihat lebih kompak dan mudah alih seiring zaman teknologi yang semakin pesat ini.

Majlis ini telah dihadiri oleh wakil dari pihak MCMC Pejabat Wilayah Persekutuan (WPSO) iaitu Mr Katirawaan Rajadran yang merupakan Timbalan Pengarah MCMC WPSO dan Puan Juliana Irni, Penolong Pengarah MCMC WPSO. Selain itu, wakil dari pihak penyedia perkhidmatan iaitu Maxis telah diwakili oleh Puan Siti Faziyah dan wakil dari pihak pengurusan PEDi iaitu Sprintz Designs telah diwakili oleh Puan Maznah Ibrahim.

PEDi Presint 9 Fasa 3 telah menerima sebanyak 15 unit peranti tablet baharu lengkap beserta dengan aksesorinya untuk kegunaan semua pengguna PEDi Presint 9 Fasa 3. Pada majlis ini, staff pengurusan PEDi Presint 9 Fasa 3 telah diberi taklimat mengenai SOP penggunaan peranti tablet dan sebagainya. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dan jamuan ringkas

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas