Kelas Asas Komputer Bersama Tabika KEMAS Kaktus 3

19 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

19 Ogos 2022, Jumaat – Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Presint 9 Fasa 3 telah mengadakan Kelas Asas Komputer Bersama Tabika KEMAS Kaktus 3. Seramai 17 orang pelajar yang terdiri daripada 7 orang pelajar lelaki dan 10 orang pelajar perempuan telah menghadiri kelas berkenaan. Kelas ini telah diadakan sebanyak 1 sesi bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 10.00 pagi. Antara aktiviti yang telah dijalankan pada hari ini adalah pengenalan asas perkakasan komputer seperti Monitor, Tetikus, Papan Kekunci dan sebagainya. Selain itu, adik-adik tabika juga berpeluang belajar mengenali ABC sambil bermain dalam aktiviti (Tracing – ABC, abc & 123) menyusun ABC mengikut urutan di laman web www.abcya.com. Kelas diakhiri dengan sesi tayangan video Gummy Bear

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas