Kelas Asas Komputer Bersama Tabika KEMAS Kaktus 2

3 September 2022 | Aktiviti Terkini

02 September 2022, Jumaat – Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Presint 9 Fasa 3 telah mengadakan Kelas Asas Komputer Bersama Tabika Kemas Kaktus 2. Seramai 13 orang pelajar yang terdiri daripada 6 orang pelajar lelaki dan 7 orang pelajar perempuan telah menghadiri kelas berkenaan. Kelas ini telah diadakan sebanyak 1 sesi bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga 11.00 pagi. Antara aktiviti yang telah dijalankan pada hari ini adalah pengenalan asas perkakasan komputer seperti Monitor, Tetikus, Papan Kekunci dan sebagainya. Selain itu, adik-adik tabika juga berpeluang belajar mengenali ABC sambil bermain dalam aktiviti (Tracing – ABC, abc & 123) menyusun ABC mengikut urutan di laman web www.abcya.com. Kelas diakhiri dengan sesi tayangan video Gummy Bear

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas