Hari bersama Komuniti Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Peringkat Putrajaya

5 Disember 2022 | Aktiviti Terkini

4 Disember 2022, Ahad – Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan jayanya telah mengadakan Program Hari Bersama Komuniti peringkat W.P Putrajaya bagi tahun 2022. Program ini merupakan program tahunan yang diadakan untuk bagi mempromosikan perkhidmatan, peranan dan fungsi PEDi kepada komuniti setempat. Kerjasama penuh dari semua Pengurus, Penolong Pengurus dan Rakan Digital dari PEDi Putrajaya. Dirasmikan oleh YBrs. Tuan Alyas Roy Haji Amir, Pengarah Negeri MCMC Wilayah Persekutuan.

Program ini dianjurkan oleh MCMC dengan kerjasama rakan strategik seperti MDEC, PDRM, JAPEN, PERKESO, MARA, SSM. Seramai lebih kurang 500 orang telah hadir dalam program yang telah diadakan di Dewan Serbaguna Presint 18 Putrajaya dan daripada jumlah tersebut, seramai lebih 100 orang telah mendaftarkan diri sebagai ahli baharu PEDi.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti Taklimat Pencegahan Jenayah Siber oleh PDRM yang di sampaikan oleh YDH. Tuan Asp Mohamed Hanafiah Bin Mohamed Nawi, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Putrajaya. Taklimat Fungsi dan Peranan MARA kepada Masyarakat oleh pegawai MARA yang disampaikan oleh Encik Mohd Effendy bin Oon. Taklimat mengenai Inisiatif dan projek di bawah MCMC seperti Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) dan juga PEDi yang disampaikan sendiri oleh Pengarah Negeri MCMC Wilayah Persekutuan dan juga perkongsian taklimat berkenaan program keusahawanan digital oleh MDEC, MARA dan SSM.

Selain itu ada juga aktiviti menarik yang lain seperti perkongsian mengenai program PEDi di Parlimen Putrajaya, kempen advokasi Klik Dengan Bijak dan Sebenarnya.my, pendaftaran ahli baharu PEDi secara percuma, Cabutan Bertuah, Tiktok PEDi Challenge, Pertandingan Mewarna Digital, Pertandingan Carian Kata, Kuiz myCyberGenius Klik Dengan Bijak, Booth Pameran dan Jualan Usahawan PEDi dan sesi interaksi mengenai aduan perkhidmatan telekomunikasi bersama komuniti setempat.

Program ini diadakan khususnya untuk mempromosikan perkhidmatan, peranan dan fungsi PEDi kepada komuniti setempat selain memaklumkan kepada masyarakat bahawa semua rakyat tidak kira latar belakang boleh menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh PEDi dan telah berlangsung pada pukul 2.00 petang sehingga jam 6.00 petang

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas