Kelas Asas Komputer Bersama Tabika Kemas Kaktus 1, 2 Dan 4

8 Oktober 2022 | Aktiviti Terkini

7 Oktober 2022, Jumaat – Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Presint 9 Fasa 3 telah mengadakan Kelas Asas Komputer Bersama Tabika KEMAS KAKTUS 1,2 & 4. Seramai 43 orang pelajar yang terdiri daripada 20 orang pelajar lelaki dan 23 orang pelajar perempuan telah menghadiri kelas berkenaan. Kelas ini telah diadakan sebanyak 2 sesi bermula pada pukul 9.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Antara aktiviti yang telah dijalankan pada hari ini adalah pengenalan asas perkakasan komputer seperti Monitor, Tetikus, Papan Kekunci dan sebagainya. Selain itu, adik-adik tabika juga berpeluang belajar mengira sambil bermain dalam aktiviti (Molly Add Up to Ten) mengira lilin dan menghias kek hari jadi di laman web www.abcya.com. Kelas diakhiri dengan sesi tayangan video senaman A Ram Sam Sam.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas