Kelas Asas Komputer bersama Tabika KEMAS Kaktus 1 dan 2

17 Januari 2023 | Aktiviti Terkini

16 Januari 2023, Isnin– Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Presint 9 Fasa 3 dan PEDi Presint 9 Fasa 10 telah mengadakan Kelas Asas Komputer Bersama Tabika KEMAS Kaktus 1 dan 2. Seramai 28 orang pelajar Tabika Kemas Kaktus telah menhadiri kelas ini. Mereka terdiri daripada 14 orang pelajar lelaki dan 14 orang pelajar perempuan. Kelas ini telah diadakan sebanyak 2 sesi bermula pada pukul 9.30 pagi sehingga 11.30 pagi. Antara aktiviti yang telah dijalankan pada hari ini adalah pengenalan asas perkakasan komputer seperti Monitor, Tetikus, Papan Kekunci dan sebagainya. Selain itu, adik-adik tabika juga berpeluang belajar matematik sambil bermain dalam aktiviti (Molly Up to Ten) di laman web www.abcya.com.

Selain itu, mereka juga belajar mengira dalam aktiviti di laman web (Digipuzzle.net). Kelas diakhiri dengan sesi tayangan video senaman Gummy Bears dan tayangan video Didi and Friends- Semut Berkawad.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas