School Break Program di PEDI Presint 9 Fasa 3

18 Mac 2023 | Aktiviti Terkini

17 Mac 2023, Jumaat – Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Presint 9 Fasa 3 telah menganjurkan School Break Program bersempena cuti persekolahan penggal kedua. Program ni telah dijalankan di PEDi Presint 9 fasa 3 dengan kerjasama dan bantuan staff dari PEDi Putrajaya. Seramai 7 orang telah menyertai program ini yang terdiri daripada 4 pelajar sekolah rendah dan menengah berserta 3 orang ibu bapa telah terlibat dalam program ini. Turut menjayakan program ini terdiri daripada 2 orang staff PEDi Putrajaya.

Program ini dimulakan dengan sesi pendaftaran ibu bapa dan para peserta. Antara program yang telah dijalankan adalah Program kesedaran mengenai keselamatan semasa melayari Internet iaitu Program Klik Dengan Bijak melalui tayangan video. Peserta juga diberi pendedahan mengenai asas komputer serta fungsinya sebelum aktiviti program dimulakan. Seterusnya program diteruskan dengan aktiviti menaip atas talian. Selepas itu, program disambung dengan aktiviti sains iaitu membuat Lava Lamp. Setiap peserta diberi 1 set alatan untuk membuat Lava Lamp. Kelas diakhiri dengan sesi penyampaian cenderamata dan sesi bergambar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas