Kelas Asas Komputer Bersama KEMAS Kaktus 2 dan 3

25 November 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 24 November 2023 (Jumaat) - Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Presint 9 Fasa 3 dan Presint 9 Fasa 10 telah menjalankan Kelas Asas Komputer Bersama KEMAS Kaktus 2 dan 3. Kelas ICT ini khusus untuk adik-adik tabika yang berumur 5 dan 6 tahun. Kelas ini telah diadakan di PEDi Presint 9 Fasa 3. Seramai 32 orang pelajar telah menyertai kelas ini. Pelajar terdiri daripada 19 pelajar perempuan dan 13 pelajar lelaki. Kelas ini juga turut dibantu oleh Penolong Pengurus PEDi Presint 9 Fasa 3 serta Pengurus Presint 9 Fasa 10 dan dua orang guru tabika KEMAS. Kelas bermula pada jam 9.30 pagi dan diakhiri pada jam 11.30 pagi.

Aktiviti yang telah dijalankan pada hari ini adalah pengenalan asas perkakasan komputer seperti Monitor, Tetikus, Papan Kekunci dan sebagainya serta fungsi dan kegunaannya. Selain itu, adik-adik tabika juga berpeluang belajar mengira sambil bermain (Math Bingo) di laman web www.abcya.com dan belajar membaca. Kelas diakhiri dengan tayangan video senaman A Ram Sam Sam.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas