Program Pengenalan PEDi, Rakan Digital & Advokasi Bersama Giatmara Putrajaya

7 Januari 2023 | Aktiviti Terkini

6 Januari 2023, Jumaat – Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Putrajaya telah berkolaborasi bersama Giatmara Putrajaya untuk menjalankan Program Pengenalan PEDi, Rakan Digital dan Advokasi Bersama Giatmara Putrajaya. Program ini bertujuan untuk memberi latihan ICT, Keusahawan dan Advokasi kepada para pelajar serta guru Giatmara. Program keusahawanan bersama Giatmara Putrajaya ini akan berlangsung selama 5 bulan bermula Januari 2023.

Program dimulakan dengan sesi pengenalan PEDi Putrajaya. Diikuti tayangan video Klik Dengan Bijak dan Taklimat Advokasi Klik Dengan Bijak & Check Your Label. Seterusnya untuk menguji kefahaman pelajar dengan Kuiz Kahoot. Seterusnya, slot akhir bersama Rakan Digital dengan memberi penerangan dan motivasi untuk membuka minda pelajar menceburi bidang keusahawanan terutamanya perniagaan secara atas talian menggunakan medium media sosial dan juga aplikasi seperti Shopee.

Program diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah dan sesi bergambar bersama pelajar Giatmara. Seramai 21 orang pelajar dan 6 orang staf PEDi Putrajaya telah menyertai program ini. Program berlangsung pada jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas