Kelas Asas Komputer bersama KEMAS Kaktus 1,2 dan 4

22 Julai 2023 | Aktiviti Terkini

21 Julai 2023, Jumaat- Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Presint 9 Fasa 3 telah menjalankan Kelas Asas Komputer Bersama KEMAS Kaktus 1,2 dan 4. Kelas ICT ini khusus untuk adik-adik tabika yang berumur 5 dan 6 tahun. Kelas ini telah diadakan di PEDi Presint 9 Fasa 3. Seramai 32 orang pelajar telah menyertai kelas ini. Kelas ini juga turut dibantu oleh Penolong Pengurus PEDi Presint 9 Fasa 3 dan dua orang guru tabika KEMAS. Kelas bermula pada jam 9.00 pagi dan diakhiri pada jam 11.30 pagi.

Aktiviti yang telah dijalankan pada hari ini adalah pengenalan asas perkakasan komputer seperti Monitor, Tetikus, Papan Kekunci dan sebagainya serta fungsi dan kegunaanya. Selain itu, adik-adik tabika juga berpeluang belajar sambil bermain dalam aktiviti (Counting Fish ) di laman web www.abcya.com dan belajar operasi menolak di laman web digipuzzle. Kelas diakhiri dengan sesi tayangan video senaman A ram sam sam dan senaman Maiwp.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas