Program Hari Bersama Komuniti Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PA Seri Sabah, Kuala Lumpur

15 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

14 Oktober 2023, Sabtu – Program Hari Bersama Komuniti Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah berlangsung pada 14 Oktober 2023 bermula pukul 8.00 pagi sehingga 1.00 petang yang diuruskan oleh barisan kakitangan PEDi PA Seri Sabah dan turut dibantu oleh PEDi yang berdekatan yang lain. Turut hadir atas jemputan pihak MCMC sendiri wakil-wakil staff daripada PEDi Parlimen Putrajaya bagi menjayakan program ini. Seramai lebih kurang 300 orang telah hadir dalam program yang telah diadakan di perkarangan PEDi PA Seri Sabah 3A.

Program ini dianjurkan oleh MCMC dengan kerjasama rakan strategik seperti PDRM, MAXIS, MAIWP, KPM dan sebagainya yang turut bersama-sama membuka booth pameran untuk menarik minat pengunjung yang hadir. Selain itu, ada juga aktiviti menarik yang lain seperti perkongsian mengenai program PEDi yang ditawarkan, kempen advokasi Klik Dengan Bijak dan Sebenarnya.my, pendaftaran ahli baharu PEDi secara percuma, Cabutan Bertuah, Tiktok Shop, Kuiz myCyberGenius Klik Dengan Bijak, Jualan Rahmah dari pihak MYDIN, sesi interaksi mengenai aduan perkhidmatan telekomunikasi bersama komuniti setempat dan Booth Pameran & Jualan Usahawan PEDi antaranya ialah Frozen Food, Cocktail Fruits, Essential Goods, Hand Craft dan Coffee & Bouquet.

Pada jam 9 pagi program ini dimulakan dengan taklimat daripada ASP Rahmat Fitri Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul. Program ini telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Kuala Lumpur pada jam 10.30 pagi. Kemudian program diteruskan dengan penyampaian Simkad Pakej Rahmah Prabayar 5G kepada komuniti setempat.

Program ini diadakan khususnya untuk mempromosikan perkhidmatan, peranan dan fungsi PEDi kepada komuniti setempat selain memaklumkan kepada masyarakat bahawa semua rakyat tidak kira latar belakang boleh menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh PEDi. YB Dato’ Seri Wan Azizah dalam ucapannya juga turut berharap agar kewujudan PEDi ini menjadi pemangkin kepada kepesatan transformasi pendigitalan dan menjadikan satu budaya sihat dalam kalangan komuniti di seluruh negara dan di Parlimen Bandar Tun Razak sendiri.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas