Program Keusahawanan Giatmara Putrajaya- Modul: Copywriting & FB Pages

16 Mei 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Mei 2023 (Jumaat) – PEDi Putrajaya telah meneruskan sesi pembelajaran untuk modul ke-4, Latihan Keusahawanan bersama Pelajar Giat Mara Putrajaya sesi 1/2023. Fokus utama bagi modul ni adalah penghasilan Copy Writing dan Facebook Page. Program diadakan selama dua jam bermula 10.00 pagi sehingga 12.00 bertempat di Bilik Latihan PEDi Presint 9 Fasa 10 yang dihadiri oleh 18 orang pelajar dan seorang guru pengiring.

Bagi sesi pertama, peserta mempelajari cara untuk menghasilkan Copywriting dan modul ini dikendalikan oleh Abu Khalaf yang merupakan Rakan Digital dari PEDi Presint 18. Copywriting adalah proses menulis bahan kandungan bertulis bertujuan untuk pengiklanan dan pemasaran sesuatu produk, perkhidmatan atau idea. Petugas menerangkan teknik dan flow copywriting yang berkesan iaitu melalui konsep (Attention, Interest, Desire, Action). Bagi sesi kedua, modul Facebook Page dikendalikan oleh Cik Adibah, Rakan Digital dari PEDi Presint 9 Fasa 10 dimana petugas menerangkan kepentingan Facebook Page dan membantu pelajar Giatmara Putrajaya untuk mereka laman Facebook Page secara individual di platform Facebook. Kemahiran ini bertujuan khusus untuk para pelajar Giatmara Putrajaya yang akan memulakan perniagaan setelah tamat kursus persijilan mereka pada bulan Jun 2023 nanti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas