Program Keselamatan Siber & Kesedaran E-Waste

27 Julai 2023 | Aktiviti Terkini

26 Julai 2023 (Rabu) – Pusat Ekonomi Digital (PEDI) Putrajaya berkolaborasi dengan pihak Maxis telah mengadakan Program Keselamatan Siber & Kesedaran E-Waste melibatkan para pelajar sekolah dan guru bertempat di SMK Putrajaya Presint 9 (1). Program ini diadakan untuk melahirkan komuniti yang bijak IT dan mendekatkan komuniti dengan PEDI melalui aktiviti -aktiviti yang dijalankan dalam jangka pendek dan panjang. Selain itu,melalui program kitar semula E-waste secara tidak langsung dapat memberikan maklumat kepada masyarakat komuniti untuk mengurangkan kuantiti sampah kerana barang buangan seperti sampah, botol, surat khabar dan peralatan elektrik boleh dikitar semula dan diproses menjadi bahan mentah untuk kegunaan industri.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah Taklimat Advokasi KDB (Keselamatan Siber) & Pop Kuiz supaya dapat memberikan kesedaran kepada para pelajar dan guru mengenai unsur penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian program atau data komputer, pencurian maklumat, penggodaman dan lain-lain.Di samping itu,terdapat juga Kuiz Advokasi MyCyberGenius yang diberikan kepada para pelajar dan sebagai ganjarannya mereka mendapat pelbagai jenis hadiah.Selepas itu, program diteruskan dengan Taklimat Kesedaran E-waste daripada pihak Maxis & Kuiz E-waste.

Program ini berlangsung selama 2 jam bermula jam 2.30 petang sehingga 4.30 petang dan diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah dan sesi bergambar.Seramai 200 pelajar dan beberapa guru juga telah melibatkan diri bagi memeriahkan suasana dalam program ini

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas