Sambutan Hari Peneroka Felda 2023

8 Julai 2023 | Aktiviti Terkini

07 Julai 2023 (Jumaat) – Pihak MCMC telah menerima jemputan daripada pihak FELDA bagi menyertai pameran Karnival Usahawan FELDA yang berlangsung pada 7 Julai 2023 di MAEPS, Serdang, Selangor. Pameran dan karnival ini berlangsung bersempena Sambutan Hari Peneroka FELDA dan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri. Program ini bermula pada jam 8 pagi sehingga jam 8 malam yang terdiri daripada pelbagai agensi-agensi kerajaan yang turut membuka booth mereka masing-masing antaranya ialah Bank Islam Malaysia Berhad, Boostbiz, Agrobank, KPF Niaga Sdn. Bhd, Felda Tenun Pahang Felda dan sebagainya. Antara contoh booth jualan makanan minuman yang turut serta ialah Cemara Cafe, Wahhh Coffee, Debab Berapi, Kerepek Cikwaa, Dodol Master dan sebagainya.

Pihak MCMC adalah antara salah satu rakan strategik Felda, MCMC telah membuka satu booth yang turut disertai oleh dua orang icon usahawan terpilih daripada PEDi Presint 16 dan PEDi Presint 9 Fasa 3 bagi menyertai jualan booth di karnival tersebut. Pedi Presint 16 telah menghantar seorang wakil Icon Usahawan iaitu Encik Shamsuri yang menjual produk “Ayor Mate Kucing” manakala PEDi Presint 9 Fasa 3 telah menghantar wakil iaitu Cik Huda yang menjual produk berasaskan pastry dan juga kek.

Wakil staff yang turut hadir menyertai program tersebuat adalah staff PEDi Presint 16 Puan Nur Dahiyah sebagai Penolong Pengurus, Cik Atiqah sebagai Rakan Digital dan juga Puan Sarah sebagai Pengurus PEDi Presint 9 Fasa 3. Pelbagai aktiviti menarik yang kami sediakan di booth antaranya Word Search, Kuiz dan juga Mycybergenius bagi menarik pengunjung untuk hadir ke booth MCMC. Bagi aktiviti Mycybergenius terdapat 3 sesi iaitu pada jam 10 pagi, 2 petang dan sesi terakhir ialah pada jam 6 petang. Bagi pemenang akan mendapat hadiah merupakan powerbank eksklusif daripada MCMC.

Akhir sekali, staff PEDi dan usahawan mengadakan sesi bergambar bersama-sama Ms. Jacinta Felix daripada Bahagian Pembangunan & Pengurusan Komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas