Kelas Asas Komputer Bersama KEMAS Kaktus 1 dan 4

19 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Ogos 2023 (Jumaat) - Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Presint 9 Fasa 3, Presint 9 Fasa 10 telah menjalankan Kelas Asas Komputer Bersama KEMAS Kaktus 1 dan 4. Kelas ICT ini khusus untuk adik-adik tabika yang berumur 5. Kelas ini telah diadakan di PEDi Presint 9 Fasa 3. Seramai 22 orang pelajar telah menyertai kelas ini. Pelajar terdiri daripada 15 pelajar perempuan dan 7 pelajar lelaki. Kelas ini juga turut dibantu oleh Penolong Pengurus PEDi Presint 9 Fasa 3 dan serta Pengurus Presint 9 Fasa 10 dan seorang guru tabika KEMAS. Kelas bermula pada jam 10.00 pagi dan diakhiri pada jam 11.00 pagi.

Aktiviti yang telah dijalankan pada hari ini adalah pengenalan asas perkakasan komputer seperti Monitor, Tetikus, Papan Kekunci dan sebagainya serta fungsi dan kegunaanya. Setelah itu, adik-adik dikehendaki untuk menjawab kuiz ICT di Wordwall.net. Selain itu, adik-adik tabika juga berpeluang belajar sambil bermain menggunakan papan kekunci didalam aktiviti (Keyboarding Zoo) di laman web www.abcya.com dan belajar operasi menambah di laman web Digipuzzle.net. Kelas diakhiri dengan sesi tayangan video senaman oleh Tadika Permata MAWIP.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas