Kelas Asas Komputer KEMAS Kaktus 1 & 4

18 November 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 17 November 2023 (Jumaat) – Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Presint 9 Fasa 4 dan Presint 9 Fasa 10 telah menjalankan Kelas Asas Komputer Bersama KEMAS Kaktus 1 & 4. Kelas ICT ini khusus untuk adik-adik tabika yang berumur 5 tahun. Pelajar terdiri daripada 15 pelajar perempuan dan 10 pelajar lelaki. Kelas ini juga turut dibantu oleh serta Pengurus Presint 9 Fasa 10 dan seorang guru tabika KEMAS. Kelas bermula pada jam 9.30 pagi dan diakhiri pada jam 10.30 pagi.

Aktiviti yang telah dijalankan pada hari ini adalah pengenalan asas perkakasan komputer seperti Monitor, Tetikus, Papan Kekunci dan sebagainya serta fungsi dan kegunaanya.. Selain itu, adik-adik tabika juga berpeluang belajar sambil bermain menggunakan papan kekunci didalam aktiviti (number count to 100 & math bingo) di laman web www.abcya.com.Kelas diakhiri dengan sesi tayangan video Omar dan Hana.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas