Kelas Asas Komputer bersama KEMAS Kaktus 1 dan 4

7 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

6 Oktober, Jumaat - Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Presint 9 Fasa 3 dan Fasa 10 telah menjalankan Kelas Asas Komputer Bersama KEMAS Kaktus 1 dan 4. Kelas ICT ini khusus untuk adik-adik tabika yang berumur 5 dan 6 tahun. Kelas ini telah diadakan di PEDi Presint 9 Fasa 3. Seramai 26 orang pelajar yang terdiri daripada 15 orang pelajar perempuan dan 11 orang pelajar lelaki telah menyertai kelas ini. Kelas ini juga turut dibantu oleh Pengurus PEDi Presint 9 Fasa 10 dan seorang guru tabika KEMAS. Kelas bermula pada jam 9.30 pagi dan diakhiri pada jam 11.30 pagi.

Aktiviti yang telah dijalankan pada hari ini adalah pengenalan asas perkakasan komputer seperti Monitor, Tetikus, Papan Kekunci dan sebagainya serta fungsi dan kegunaanya. Selain itu, adik-adik tabika juga berpeluang belajar sambil bermain dalam aktiviti (couting and sorting, Uppercase and Lowercase ) di laman web www.abcya.com dan belajar operasi tambah di laman web digipuzzle.net. Kemudian adik-adik diberi tugasan aktiviti STEM dengan menggunakan tanah liat mengikut kreativiti masing-masing. Kelas diakhiri dengan sesi tayangan video senaman dari tadika Permata MAWIP.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas