Kelas Asas Komputer bersama KEMAS Kaktus 1 dan 3

17 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

16 Jun 2023, Jumaat- Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Presint 9 Fasa 3 dan Fasa 10 telah menjalankan Kelas Asas Komputer Bersama KEMAS Kaktus 1 dan 3. Kelas ICT ini khusus untuk adik-adik tabika yang berumur 5 dan 6 tahun. Kelas ini telah diadakan di PEDi Presint 9 Fasa 3. Seramai 41 orang pelajar telah menyertai kelas ini. Kelas ini juga turut dibantu oleh Pengurus PEDi Presint 9 Fasa 10 dan dua orang guru tabika KEMAS. Kelas bermula pada jam 9.00 pagi dan diakhiri pada jam 11.30 pagi.

Aktiviti yang telah dijalankan pada hari ini adalah pengenalan asas perkakasan komputer seperti Monitor, Tetikus, Papan Kekunci dan sebagainya serta fungsi dan kegunaanya. Selain itu, adik-adik tabika juga berpeluang belajar sambil bermain dalam aktiviti (Molly Add up to 10 ) di laman web www.abcya.com dan belajar operasi tambah di laman web digipuzzle. Kelas diakhiri dengan sesi tayangan video senaman A ram sam sam dan Chicken Dance.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas