Kelas Asas Komputer Bersama Tabika Kemas Kaktus 1,2,3 & 4

11 Februari 2023 | Aktiviti Terkini

10 Februari 2023, Jumaat– Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Presint 9 Fasa 3 dan PEDi Presint 9 Fasa 10 telah mengadakan Kelas Asas Komputer Bersama Tabika KEMAS Kaktus 1,2,3 dan 4. Seramai 54 orang pelajar Tabika Kemas Kaktus telah menghadiri kelas ini. Mereka terdiri daripada 28 orang pelajar lelaki dan 26 orang pelajar perempuan. Kelas ini telah diadakan sebanyak 2 sesi bermula pada pukul 9.30 pagi sehingga 11.30 pagi.

Antara aktiviti yang telah dijalankan pada hari ini adalah pengenalan asas perkakasan komputer seperti Monitor, Tetikus, Papan Kekunci dan sebagainya. Selain itu, adik-adik tabika juga berpeluang belajar matematik sambil bermain dalam aktiviti (Number Chart) di laman web www.abcya.com. Kelas diakhiri dengan sesi tayangan video senaman Penguin dan Chicken Dance.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas