Kelas Asas Komputer bersama KEMAS Kaktus 1,3, dan 4

6 Mei 2023 | Aktiviti Terkini

5 Mei 2023, Jumaat - Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Presint 9 Fasa 3 dan Fasa 10 telah menjalankan Kelas Asas Komputer Bersama KEMAS Kaktus 1,3, dan 4. Kelas ICT ini khusus untuk adik-adik tabika yang berumur 5 dan 6 tahun. Kelas ini telah diadakan di PEDi Presint 9 Fasa 3. Seramai 36 orang pelajar yang terdiri daripada 21 orang pelajar perempuan dan 15 orang pelajar lelaki telah menyertai kelas ini. Kelas ini juga turut dibantu oleh Pengurus PEDi Presint 9 Fasa 10 dan 2 orang guru tabika KEMAS. Kelas bermula pada jam 9.30 pagi dan diakhiri pada jam 11.30 pagi.

Untuk kelas 6 tahun, aktiviti yang telah dijalankan pada hari ini adalah pengenalan asas perkakasan komputer seperti Monitor, Tetikus, Papan Kekunci dan sebagainya serta fungsi dan kegunaanya. Selain itu, adik-adik tabika juga berpeluang belajar sambil bermain dalam aktiviti (uppercase and lowercase alphabet matching) di laman web www.abcya.com dan belajar mengira serta nombor di jam di laman web digipuzzle.

Bagi kelas 5 tahun pula, aktiviti yang telah dijalankan pada hari ini adalah pengenalan asas perkakasan komputer seperti Monitor, Tetikus, Papan Kekunci dan sebagainya serta fungsi dan kegunaanya. Selain itu, adik-adik tabika juga berpeluang belajar sambil bermain dalam aktiviti (alphabet order) di laman web www.abcya.com dan belajar mengira serta nombor di jam di laman web digipuzzle. Kelas diakhiri dengan sesi tayangan video mengenai tubuh badan Didi and Friends serta video senaman Chicken Dance.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas