Projek STEM Kitar Semula & Kelas Asas Komputer Bersama KEMAS Kaktus 1, 2,3 dan 4

30 September 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 29 September 2023 (Jumaat) - Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Presint 9 Fasa 3 dan Presint 9 Fasa 10 telah menjalankan Kelas Asas Komputer Bersama KEMAS Kaktus 1,2 dan 4. Kelas ICT ini khusus untuk adik-adik tabika yang berumur 5 dan 6 tahun. Kelas ini telah diadakan di PEDi Presint 9 Fasa 3. Seramai 34 orang pelajar telah menyertai kelas ini. Pelajar terdiri daripada 16 pelajar perempuan dan 18 pelajar lelaki. Kelas ini juga turut dibantu oleh Penolong Pengurus PEDi Presint 9 Fasa 3 serta Pengurus Presint 9 Fasa 10 dan dua orang guru tabika KEMAS. Kelas bermula pada jam 9.30 pagi dan diakhiri pada jam 10.30 pagi.

Aktiviti yang telah dijalankan pada hari ini adalah pengenalan asas perkakasan komputer seperti Monitor, Tetikus, Papan Kekunci dan sebagainya serta fungsi dan kegunaannya. Selain itu, adik-adik tabika juga berpeluang belajar sambil bermain menggunakan papan kekunci didalam aktiviti (Number Bubble) di laman web www.abcya.com dan belajar operasi menambah di laman web Digipuzzle.net. Bagi aktiviti STEM pula, KEMAS Kaktus 3 seramai 16 orang terdiri daripada 5 pelajar lelaki dan 11 pelajar perempuan telah terlibat dalam menyertai aktiviti ini.Pelajar diminta untuk menghasilkan kartun Arnab menggunakan pinggan kertas, gambar Arnab yang telah siap dicetak, gunting dan gam.

Petugas PEDi memberi tunjuk ajar langkah-langkah menghasilkannya dan pelajar diberi masa secukupnya untuk memyiapkan projek tersebut secara individual. Melalui aktiviti seperti ini dapat merangsang minda pelajar untuk menghasilkan sesuatu yang bermanfaat dan menyeronokkan bagi mereka.Aktiviti bermula pada jam 11.00 pagi dan diakhiri pada jam 12.00 tengahari . Kelas diakhiri dengan sesi tayangan video senaman oleh Tadika Permata MAWIP.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas